Friday, October 31, 2008

CHAPTER DUA

#Emma#

Tersentak ku dari lena. Aku mengunjurkan kaki ke lantai. Anak mata pada bebola sebelah melangutkan pandangan ke kekisi di beranda kamar. Tersentak lagi ku dari lena.


‘’Ah, lewat lagi.Hm..%&^#$(&5&~@..’’ mulut mula membebel, dan reaksinya automatic. Tanpa henti sambil tangan pantas menyambar towel.


Lewat. Selalu ku lewat. Mana tak nya kalau dah tido melampau mati. Mama dan Papa memang tidak ku harapkan.


‘’Diorang selalu busy. Aku paham,’’ protes hati.


*******
Anak kakiku menderap anak tangga ke ruang breakfast. Ku nampak Mama dengan formalitinya meneguk Nescafe dari cawan merah, I love Paris.


‘’ Morning, sweetie.. Faster, pak cik Salleh dah tunggu di luar!’’ tegurnya dalam pronaunsiasi yang mengelirukan ku.


Ku memahat senyuman, masam. Pak cik Salleh memang memahami. Dia tersenyum di depan pagar, memandangku dengan senyuman sambil jarinya membukakan pintu kereta untukku.


Sambil di mulut menokak sandwich yang ku ragut dari meja makan, ku membalas senyumannya dan lantas memuatkan diriku yang montel ke dalam tempat duduk di belakang.


Pengembaraanku ke sekolah setiap hari adalah kira-kira 5 minit secara purata, namun bagaikan tidak terasa detik demi detik berlalu pabila bersama dengan pak cik Salleh. Ada sahaja yang lucu

menggelikan hati keluar dari mulutnya.Tambahan pula, ku ini seorang yang mudah ketawa dengan sedikit kegelian di hati.

Pak cik Salleh memang ku akui penting dalam detik-detik hidupku. Dialah yang menghidupkan pagiku yang kadangkala beserta kelewatan.

Tayar kereta Mercedes C-class Compressor yang menapak di depan gate besar sekolah berhenti. Ku keluar dengan senyuman di mulut kecilku.

Rina tersenyum dari jauh. Maksud lewat dalam kamusku memang ku akui berbeza dengan budak-budak lain. Lewat bagi mereka adalah pabila ketibaan mereka melepasi detik yang ditetapkan. Lewat bagiku adalah lewat. Lewat pabila ku tidak punyai cukup masa untuk bersedia sebelum loceng keramat bermula, menandakan bermulanya waktu akademik.

‘’ Hei babe. Come on. Class nak start dah. 5 minutes more,’’ sambut Rina dengan senyuman.
Ku menderap pantas di kalangan puluhan budak-budak lain. Manalah taknya, kalu dah first period hari tersebut adalah lab period. Cuak aku dengan ketegasan Miss Mazina.

Rina classmateku yang sejati. Kemana pun ku pergi, kami selalu bersama.

Dia temanku di luar rumah yang paling rapat dengan hidupku.

Tapi ironinya, ternyata jelas perbezaannya dengan diriku. Rina memang peramah. Dia outgoing. Aku kadangkala lebih suka menyendiri. Aku kurang outgoing. Aku lebih suka environment di rumah.

Pendek kata, Rina mudah dengan keramaian. Aku pula rumit dengan keramaian.

Hari-hari berlalu di waktu pagi memang membosankan. Apatah lagi kalau belajar bukanlah sebenarnya aktiviti yang ku gemari. Waktu petang begitu ketara perbezaannya bagiku.


Bila petang banyak aktiviti. Bila petang, makin kurang keramaian. Dan bila petang, court basketball memang penuh aksi. Itu yang penting.

Yup.. Ku pemain basketball sejati. Bola keranjang kalau dalam kelas Bahasa Malaysia. Rina dan diriku memang pemain basketball sejati. Sehari tidak turun peluh kerana basketball memang suatu siksaan.

Namakan aku siapa orangnya. Michael Jordan, Kobe Bryant, hampir semua aku tampal poster mereka dalam bilikku. Kata Mama, bagai bilik seorang pemuda, tidak lagi pemudi.

Jawab aku?!

Tak kisah (tapi cuma dalam hati). Mana taknya, takut Mama melenting.


******

Keluar dari bilik salinan, dua pasang tapak kaki menapak. Seperti biasa, petang itu kurang budak. Aku puas kalau dapat bermain dengan environment sebegitu. Gugup jantung kalau hendaknya aku main di depan berpuluh-puluh pasang mata. Segan. Malu, bukan control.

Soal pasang mata memandang, kerap ditimbulkan dalam pikiranku setiapkali merentas gajah menyusu untuk ke hall basketball. Tapi soal ini bukan di bangkitkan oleh manusia lain. Tetapi aku sendiri. Setiap kali dalam laluan itu, ligat saja mata mencari. Mencari kelibat seorang pemuda dengan gitar digalas di belakang badan.

“Emma!!!” sentak Rina. Aku tersentak.

“Kau dengar tak what I mention to u just now..??” tanya Rina, dalam nada marah sedikit.

“Sori Rina, hehe.. I'm a bit blur lar hari ini..” jawabku ringkas beserta jawapan yang logik dek akal.

Rina tak sebodoh itu. Rasanya dia sudah tahu. Tapi siapa kisah. Aku pasti level secrecy Rina tinggi dalam hal-hal begini sekiranya dia tahu. Macam penyimpan mohor besar raja-raja dalam TV. Dia kadangkala pura-pura walaupun otaknya menangkap laju.

No comments: