Friday, October 31, 2008

CHAPTER SATU

Memandangnya, tercetus ilham..
Menatapnya, melonjak hati..
Merenungnya, damai jiwa..
Mengenangnya, tidur sekejapku lena..


Darahku tersirap. Pagi itu tersirap darah di pembuluh. Bagai sesuatu yang maha buruk menanti. Namun, jiwaku tabahkan jasad kurusku ini.

Rengekan bayi di hujung laluan sempit itu menambahkan getaran di jiwa. Semakin lama, bertambah desibelnya. Jiwaku mulai kusut. Ku cuba gapai tangan kiriku yang kian lesu. Betul kata dia. Ku ulit pandangan ku pada urat-urat halus, yang tegang beberapa bulan lepas setelah mengenali dia.

Ku renung
Ya Tuhan, cepatnya dunia berubah.
Cepatnya masa berlalu.

Ku sedar dalam jagaku kembali dan itupun kerana tangan kiriku yang lesu itu terlepas Walkman Sony dari eratan genggaman. Ku dalam jaga menggapai kembali Walkman, kembali ke tangan. Ku keliru. Ku renung kembali Walkman Sony tersebut.

Berat hati, ku capai kedua-dua belah earphone memasukkan ke bibir telinga ku. Ku sisir rapi rambutku, mengurai panjang tak keruan. Ahh, usah ragu.

Ku menekan punat besar di tengah-tengah skrin Walkman…..

Masih,
ada dengan tawamu
Masih,
ada simpulan senyummu
Haruskah ku isi sesuatu
Untuk mengganti..
Ganti….*

Berderu laju air mataku..Hiba. Ketabahanku rebah. Takdir memang biased. Takdir selalu biased. Hidup memang selalu biased. Air mata menderu tidak dapat lagi dibendung. Jiwaku terasa bagai kosong. Seakan tiada isi. Bagai tiada makna erti wujudnya ku selama 2 dekad ini.

Aku yang dulu selalunya pasrah. Aku yang dulu selalunya tabah. Aku yang dulu tidak selalu rebah.

Pintu bilik itu dibuka. Pintu bilik yang sudah lama ku nanti bukanya. Keluar seorang berkasut putih, yang ku yakin seorang nurse. Ku tidak menolehnya, wajahku yang mendung menunduk. Kakak nurse itu membentur tulang belakangnya, mengangkat wajahku yang perlahan-lahan.

‘’ Adik, hidup ini tidak pasti. Hari tidak selalu mendung, tau..’’ senyumnya.

Lantas mendung di wajahku redup. Teringin sahaja ku laungkan kesilapan dalam ungkapan kakak tu. Namun ku pendam sahaja di benak dada. Mungkin itu yang terbaik, pengubat luka di jiwa.

Ku hargai niat luhur kakak. Ku ukir senyuman seikhlas termampu. Jiwa di benak mungkin tidak terubat, namun ku yakin ianya tenang setelah melihat ukiran senyuman kakak.

Kakak yang tersenyum menyeringai, menampakkan gusinya pun melangkah dari situ. Ku masih tersenyum.

‘’Hmm..err..Emma, kakak sudah kemaskan bilik..’’ tutur kakak tadi sambil memaling kepalanya dengan badannya yang melangkah beredar dari situ.

Ku mengangguk. Apalah kakak ini. Terlupa lagilah tue. Telatah kakak membuat ku curiga. Cemburu jua ada. Dari mana datang telatahnya yang meredupkan wajah mendungku?

Kaki yang berat tetap jua menapak. Setapak demi setapak melangkah, menongkah jasad beserta jiwa kosongku ini ke dalam ruang kamar, yang banyak ku habiskan masa beberapa bulan lepas. Itu katanya. Katanya lagi, ku perlu fokus dalam pelajaran. Periksa sudah hampir.

Ahhh, dilemma ku seorang diri. Apalah dia. Periksa itu secangkat tumit deritanya sahaja.

Beberapa tapak yang ku hayunkan, menemukan ku kembali dengan kekuatan ku. Gitar Kapok di hujung sudut kamar R606 mengembalikan memori dua tahun lepas. Serta-merta. Kali ini ku tidak lagi menitik. Aku tabah. Ku keluarkan gitar itu dari bungkusannya. Ku renungkannya dari dasar ke kepala. Ku rasakan bagai sentuhannya masih di sana.

Ku usik tali-tali tiun gitar itu. Sedikit tidak berhabuk. Terasa segar. Terasa ia masih di situ. Bersama sentuhannya, bersemadi.

Ku alihkan pandangan, lemparkannya pada muka meja, bersebelahan katinya. Sekeping CD ditinggalkanya. Tercoret

Dear Emma,
Ternyata Indah..

Ku tersenyum bagai mahu ketawa. Begitu kejam takdir.

Tidak.., begitu egois takdir. Langsung tiada toleransi.


( * - lagu petikan bertajuk Masih dari Estrella )
Untuk kesan yang lebih dalam, hayati lagu tersebut sambil menghayati cerita diatas..

No comments: